SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE SEKOLAH KEBANGSAAN DESA TEMU JODOH, CHAAH, JOHOR

Monday, 30 March 2015

Barisan Guru 2015

BARISAN GURU SKDTJ 2015
Dari kiri depan : Mohd Norhisham,Mohd Harun,Zamri,Manshur (GPK1),Razi Norazam,
Rosnah (GB),Baharim,Zohaili,Khairi,Shaharudin,Zulkifle,Alias
Tengah Kiri : Jamaliah,Rozilawati,Aishah Sakdan (GPK2) Norsalwah,Salina,Syarifah Elya,Nasuha,Syuhadah,Salehawati,Fadzilah,Siti Aminah.
Belakang Kiri : MallarSelvie(GPK3),Amalina,Rosmiza.




Thursday, 8 January 2015


[GURU BESAR] : Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru dan staf sokongan SK Desa Temu Jodoh yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang pada hari dan minggu pertama sesi persekolahan 2015 dibuka. Semuanya berjalan lancar tanpa sebarang kecacatan berlaku sebagaimana yang dikehendaki oleh 'touch-point' KPM. Tingkatkan usaha kita agar segala yang dirancangkan berjalan dengan sempurna dan akhirnya mencapai sasaran yang ditetapkan. Terima Kasih Cikgu.

Wednesday, 30 May 2012

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-22

Pada 24hb April 2012, Sekolah Kebangsaan Desa Temu Jodoh telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-22. Mesyuarat Agung PIBG kali ini telah dirasmikan oleh YB Chua Tee Yong (Ahli Parlimen Labis) di dewan sekolah.






Thursday, 10 February 2011

Hari Keluarga Desa Temu Jodoh 2011


Hari Keluarga SKDTJ
Sempurna Resort Kuantan, Pahang
30 April 2011





Wednesday, 8 December 2010

Laman Web Baru...

Selamat Datang ke Laman Web Sekolah yang terbaru...

Senarai Jadual Gaji Bulanan Kakitangan Awam Tahun 2011



* Nota : Gaji bagi Tahun Baru Cina, Hari Gawai dan Hari Raya Haji tidak dibayar awal
kerana perayaan ini jatuh sebelum 11 haribulan pada bulan berkenaan.

Bagi yang belum daftar e-Penyata Gaji untuk kakitangan awam, sila klik link e-Penyata Gaji dan ikut langkah-langkah seperti yang telah ditunjukkan di bawah : -

Mulai Oktober 2010 penyata gaji bulanan dan penyata pendapatan tahunan (slip gaji) tidak akan dihantar oleh Pejabat Perakaunan kepada penjawat awam seperti kebiasaannya.

Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil 3 / 2010 : Pelaksanaan Sistem e-Penyata Gaji dan eLaporan telahpun memaklumkan pelaksanaan dan panduan menggunakan sistem baru ini. Anda dinasihatkan untuk membaca keseluruhan Surat Pekeliling tersebut untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang pelaksanaan sistem ini.

* sila klik pada gambar untuk lihat dengan lebih jelas.

1. Selepas klik link e-Penyata Gaji, sila klik Akses Sistem.




2. Kemudian, klik pada Pertama Kali Mendaftar.



3. Lengkapkan ruangan kosong dan setelah selesai klik OK.


4. Anda akan lihat gambar di bawah setelah berjaya mendaftar. Klik Daftar Masuk
(seperti langkah no. 2) menggunakan No. K/P dan Kata Laluan semasa
pendaftaran dibuat.



5. Anda akan lihat e-Penyata Gaji anda seperti contoh di bawah. Anda boleh pilih
tahun dan bulan bagi penyata bulanan yang anda kehendaki.

* Selamat mendaftar dan pastikan ingat katalauan.