SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE SEKOLAH KEBANGSAAN DESA TEMU JODOH, CHAAH, JOHOR

PENGENALAN


SEJARAH SEKOLAH

Permohonan untuk mewujudkan SK Desa Temu Jodoh telah diutarakan dalam bulan Februari tahun 1986. Ini adalah kerana sebahagian besar murid yang bersekolah di SK Seri Bali tinggal jauh dari sekolah itu. Begitu juga dengan anak – anak peneroka Desa Temu Jodoh iaitu penempatan Kampung Hj. Kamisan, Kampung Sungai Lenek, Kampung Sri Gajah, Ladang Sungai Gerchang 2, Ladang Simpang Kiri, Ladang Chaah, Ladang Lian Hup, Kampung Sungai Berlian dan Rumah Awam Fasa 1.


DAHULU

Setelah semua masalah, sokongan, desakan dan kesulitan dikenal pasti, maka pihak Kementerian Pendidikan telah bersetuju untuk membina sekolah ini pada pertengahan tahun 1988 di Kilometer 6, Jalan Yong Peng, Chaah. Di awal tahun 1989 murid yang datang dari Desa Temu Jodoh, Kampung Hj. Kamisan, Kampung Sungai Lenek, Kampung Sri Gajah, Ladang Sungai Gerchang 2, Ladang Simpang Kiri, Ladang Chaah, Ladang Lian Hup, Kampung Sungai Berlian dan Rumah Awam Fasa 1 dikenal pasti dan diasingkan.
Pada awal bulan April 1990 bangunan telah siap dibina dan segala keperluan sekolah seperti kerusi, meja, almari dan sebagainya mula dibekalkan. Namun begitu ianya masih lagi dibawah pengawasan dan pengelolaan guru besar SK Seri Bali, Chaah hinggalah sesi persekolahan bermula pada 3 Jun 1990.  
Pada 1 Mei 1990 guru besar SK Desa Temu Jodoh yang pertama telah dilantik iaitu En. Sulaiman B. Hj. Man. Beliau merupakan bekas guru besar SK Seri Bekok, Labis. Pada 28 Mei 1990 mesyuarat guru kali pertama telah diadakan. Begitu juga dengan majlis tahlil dan bacaan doa selamat telah diadakan pada 1 Jun 1990. Tuan Hj. Zakaria B. Ibrahim yang pada ketika itu menjadi Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Rendah telah sempat menghadirkan   diri di majlis tersebut. Sesi persekolahan telah dimulakan pada 3 Jun 1990 iaitu pada hari Ahad.
SEKARANG

LOKASI SEKOLAH



LOGO SEKOLAH



MISI SEKOLAH

MENGURUS PENDIDIKAN BERKUALITI BAGI
MELAHIRKAN MODAL INSAN
CEMERLANG MELALUI PENGGEMBELINGAN SUMBER
SECARA OPTIMUM



VISI SEKOLAH 

SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG


OBJEKTIF SEKOLAH

Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran untuk menghasilkan insan  yang mempunyai daya keutuhan, ketahanan tinggi bagi memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan Negara.


Pengurusan secara berpartipasi bagi melahirkan rasa bertanggungjawab ke atas setiap keputusan yang diambil dan komited untuk melaksana dan menjayakannya.


Mewujudkan perkhidmatan penyayang yang mengutamakan nilai-nilai kemanusiaan dan menghargai dan meghormati harga diri manusia.


Menjadikan sekolah sebagai pusat pembudayaan bagi memberi identiti, kebanggaan dan harga diri, semoga dalam suasana positif dan mesra akan mendorong mereka mencintai guru, ilmu dan sekolah.


Membina budaya kecemerlangan berpegang kepada konsep “Ketiadaan Kecacatan “ bagi melambangka usaha ke arah kecemerlangan dan meningkatkan keprihatinan dan sensitiviti terhadap kualiti

LAGU SEKOLAH 

DI BAWAH SATU BUMBUNG KITA BERNAUNG
BERUSAHA JAYA SEIA SEKATA
BUMI DIPIJAK LANGIT DIJUNJUNG
ITULAH AZAM KITA
   * DESA TEMU JODOH
SEKOLAH TERCINTA
BERDIRIMU MEGAH GAGAH PERKASA
TABAH DAN SABAR
ITU PEGANGAN KITA
DISIPLIN TEKUN JAYA 
GURU YANG TERCINTA
JASAMU TAK TERKIRA
WALAU JAUH DARI MATA
BUDIMU TAKKU LUPA
ULANG *